FAQEH FESTIVAL QURAN DI HATIKU 2018
Majlis Tilawah alQuran dan Hafazan
peringkat politeknik Malaysia telah diadakan kali ini di Politeknik
Merlimau Melaka. Majlis ini telah diadakan pada 12 dan 14 Ogos 2018.
Majlis ini telah disertai oleh seluruh Politeknik Malaysia. Politeknik
Tuanku Syed Sirajuddin telah berjaya mendapat tempat PERTAMA dalam ketegori
Hafazan Lelaki dan mendapat tempat KEDUA dalam Ketegori Hafazan Perempuan. Bagi
Tilawah al-Quran PTSS telah berjaya mendapat tempat yang ketiga. Tahniah
diucapkan kepada semua yang berjaya.
Matlamat diadakan Majlis Tilawah al-Quran
dan Hafazan.
1. Mengasah dan memperkembangkan seni tilawah Al-Quran supaya
dapat menarik lebih ramai generasi muda untuk mengangkat seni tilawah Al-Quran
ke persada yang lebih tinggi..
2. Membentuk generasi muda yang menjadikan Al-Quran sebagai
panduan dan pedoman hidup mereka.
3.Melahirkan generasi yang kukuh asas pembangunan rohani.
4. Merapatkan ukhwah persahabatan antara mahasiswa dengan
masyarakat sekeliling.
5. Melahirkan lebih ramai Qari dan Qari’ah yang bukan sahaja mampu
berjaya
dalam bidang tilawah Al-Quran, malah menjadi modal insan yang
cemerlang,
gemilang dan terbilang dalam segenap aspek.