Thursday, May 19, 2022

Program Ihya Ramadhan 1443H/2022M

 Program Ihya Ramadhan 1443H/2022M


Program Ihya Ramadhan 1443h/2022M telah diadakan sepanjang Ramadhan bermula dengan Pelancaran Ihya Ramadhan dengan dirasmikan oleh Tuan Pengarah PTSS iaitu En Abdul Malek bin Hassan. Satu ceramah telah diadakan sempena ambang Ramadhan kali ini. Pengisian sepanjang ramadhan kali ini dihiasi dengan kuliah Dhuha, Bengkel Celik al-Quran, Bacaan al-Quran, Program Pusat Islam di Hati, Program Titian Kasih, Program Sumbangan Sekampit Beras Selaut Kasih, Program Bubur Lambuk dan berakhir dengan Majlis Penutup Ihya Ramadhan. Program ini telah mendapat sambutan daripada semua pihak terutama sekali daripada pelajar dan staf politeknik. Ianya telah dianjurkan bersama oleh Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am PTSS dan Juga Pusat Islam Luqman al-Hakim. Akhir kata pihak penganjur mengucapkan berbanyak ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program kali ini samada secara langsung ataupun tidak. 




Mauizzah Hasanah Menerusi Dialoq Rasulullah SAW