Hari Keluarga Unit Pendidikan Islam Jabatan
Pengajian Am Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin kali ini telah diadakan Kampung
Semeliang, Kuala Nerang Kedah Darulaman. Program ini telah diadakan pada hari
Sabtu yang lepas iaitu pada tarikh 04 Ogos 2018.
Tujuan program ini diadakan adalah bagi mengeratkan
hubungan silaturrahim sesama staf dan juga ahli keluarga. Seramai 15 kakitangan
di Unit ini bersama keluarga telah menghadirkan diri. Di samping itu berbagai
acara telah diadakan disamping melawat agrofarm milik Semeliang Resort.