Islamic Communication Festival Sesi
Jun 2018
Oleh : Rosmawati binti Abdul Razak
Program
I-COMFEST yang diadakan pada 18 Ogos 2018 merupakan satu program di bawah Unit
Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, PTSS. Program ini bertujuan
untuk memberikan markah Penilaian Berterusan (PB) untuk pelaksanaan Projek
iaitu sebanyak 30% kepada pelajar-pelajar semester 5 di bawah kursus DUA6022-Komunikasi
dan Penyiaran Islam.
Antara
tujuan program ini diadakan adalah untuk :
1.
Membentuk sifat kepimpinan dalam menguruskan organisasi dalam kalangan pelajar.
2. Melatih
para pelajar berkomunikasi serta berkolaborasi dengan organisasi luar.
3. Mendedahkan
hiburan-hiburan yang dibenarkan Islam dan berpandukan syariat di dalam bidang
penyiaran Islam.
Pelbagai
aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan oleh setiap kelas seperti Running
Dakwah, Nasyid Got Talent, Kahoot Game, The Journey of Khat, pertandingan
Islamic Fashion Show, pertandingan memanah, futsal, explorace serta
kempen-kempen dan jualan.
Secara
keseluruhannya program ini telah berjalan dengan lancar seperti mana yang telah
dirancang. Sekalung penghargaan dan tahniah kepada pensyarah-pensyarah kursus
komunikasi dan penyiaran Islam serta para pelajar semester 5 kerana telah
menjayakan program ini dengan penuh komitmen dan kesungguhan. Semoga program
yang bermanfaat dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang sebagai nilai
tambah kepada pelajar-pelajar apabila menghadapi alam pekerjaan kelak.