Tarikh : 22 Nov 2019-Jumaat
Tempat : Makmal CAD 1 JMSk
Masa : 9.00 pg
Penyertaan : Semua Pensyarah JPA
Taklimat Penggunaan i FRP Jabatan
Pengajian Am telah diadakan pada tarikh dan tempat yang disebutkan di atas.
Taklimat ini diadakan bagi menjelaskan tatacara dan penggunaan iFRP bagi Sesi
Dis 2019. Dengan adanya penggunaan iFRP ini ianya memudahkan para pensyarah
dalam menyediakan Rancangan Mengajar Semester berbanding Rancangan Mengajar
yang sedia ada iaitu dalam bentuk manual iaitu dengan menggunakan kertas dan
fail. Dengan adanya kemudahan sebegini sudahpasti ianya dapat memudahkan para
pensyarah, Ketua unit, Ketua Jabatan dan pihak pengurusan dalam melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran. Taklimat ini telah disampaikan oleh Ustazah
Rosmawati bt Abdul Razak selaku penyelaras iFRP Jabatan. Terima Kasih pada
semua pensyarah yang hadir dalam taklimat tersebut.