Saturday, May 23, 2020

Bengkel Penulisan Skrip dan Storyboard Patuh Syariah

Bengkel Penulisan Skrip dan Storyboard Patuh Syariah




Bengkel Penulisan Skrip dan Storyboard Video dan Filem Patuh Syariah

Tempat : Pauh Inn PTSS
Tarikh : 05-08 Nov 2019
Masa : 8.00 pg - 5.00 ptg

Satu Bengkel Penulisan Skrip dan Storyboard Patuh Syariah telah diadakan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Pauh Putra Arau Perlis dengan tujuan mendedahkan kepada para peserta teknik dan cara penulisan skrip yang baik di samping menjelaskan bentuk-bentuk filem yang patuh syariah. Bengkel ini telah disampaikan oleh Dr Rosmawati Mohamad Rasit dari UKM dan En Zabidi Mohamed. Jabatan Pengajian Am telah menghantar beberapa orang peserta bagi menghadiri bengkel tersebut antaranya ialah  Ustazah Rosmawati bt Razak, Ustazah Zuraiha bt Mohd Zain, En Saifuddin bin Hassan, Ustaz Hasminuddin bin Hashim, Pn Isyati bt Suparman, Ustazah Azirah bt Seman, En Azmiruddin bin Mohammad, Pn Anis Nadya bt Che Ahmad dan Ustaz Mohd Nazimi Zaim bin Ismail.

Mauizzah Hasanah Menerusi Dialoq Rasulullah SAW