Solat Gerhana Bulan telah diadakan di Pusat Islam PTSS . Solat ini telah
dikendalikan oleh pihak Pengurusan Pusat Islam dengan kerjasama Jabatan
Pengajian Am PTSS. Sebelum solat tazkirah ringkas telah diadakan kepada pelajar
semester satu dan juga warga kamsis.
Terima kasih pada semua AJK Pusat Islam, warden kamsis, Jabatan
Pengajian Am dan juga semua pelajar Kamsis PTSS yang terlibat dalam program
ini. Moga ibadah yang sedikit ini dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Gerhana Bulan Separa akan berlaku pada
31 Januari 2018 bersamaan 15 Jamadil awal 1439H. Bagi kawasan sekitar Kuala
Lumpur dan Putrajaya gerhana mula kelihatan bermula jam 7.20 malam (bulan
terbit) dan tamat pada jam 12.08 tengah malam iaitu mengambil masa selama 4 jam
48 minit. Manakala Bagi kawasan sekitar Labuan gerhana mula kelihatan bermula
jam 6.50 malam dan tamat pada jam 12.08 tengah malam iaitu mengambil masa
selama 5 jam 28 minit.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
bersama menjayakan program di Planetarium Negara dan Masjid Putra. Solat Sunat
Gerhana Bulan (Khusuf) akan dilaksanakan di masjid-masjid dan surau
di seluruh Wilayah Persekutuan bermula jam 8.39 malam (selepas solat Isyak).
Manakala Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan akan mengadakan
cerapan gerhana di Pantai Kg Tanjung Aru manakala Solat Sunat Khusuf di
masjid-masjid dan surau-surau sekitar Labuan. Maklumat Gerhana adalah
seperti berikut:
SOLAT SUNAT GERHANA BULAN
Lafaz niat:
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ
للهِ تَعَالَى
"Sahaja aku
solat sunat gerhana BULAN dua rakaat kerana Allah Taala."
Kaifiat:
Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau
berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih
sempurna adalah seperti berikut:
- Rakaat
Pertama
- Takbiratul
Ihram.
- Membaca
doa Iftitah.
- Membaca
surah al-Fatihah.
- Membaca
surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
- Ruku'
dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
- lktidal
serta membaca surah al-Fatihah.
- Membaca
surah Ali-lmran atau mana-mana surah.
- Ruku’
dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
- Iktidal.
- Sujud
dan membaca tasbih.
- Duduk
antara dua sujud.
- Sujud
kembali.
- Berdiri
ke rakaat kedua.
- Rakaat
Kedua
- Membaca
surah al-Fatihah.
- Membaca
surah al-Nisa' atau mana-mana surah.
- Ruku'
dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
- lktidal
serta membaca surah al-Fatihah.
- Membaca
surah al-Maidah atau mana-mana surah.
- Ruku
dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
- Iktidal.
- Sujud
dan membaca tasbih.
- Duduk
antara dua sujud.
- Sujud
kembali.
- Membaca
tasyahud akhir.
- Memberi
salam.
Solat juga boleh dilakukan dengan dua kali berdiri, dua kali bacaan dan
dua kali ruku' sebagaimana solat biasa tanpa memanjangkannya. Begitu juga sah
dilakukan sebanyak dua rakaat dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku'
sebagaimana solat fardu Jumaat. Namun cara ini meninggalkan fadhilat kerana
berlainan daripada perbuatan Nabi.
Sumber rujukan :
- Unit
Falak, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
- Falak
Online (Encik Shahrin bin Ahmad; Ahli Jawatankuasa Falak Wilayah
Persekutuan) http://falakonline.net/semesta/2018/01/maklumat-lengkap-fenomena-gerhana-bulan-penuh-31-januari-2018/