Thursday, May 21, 2020

Projek Street Dakwah - Komunikasi dan Penyiaran Dalam Islam

Projek Street Dakwah - Komunikasi dan Penyiaran Dalam Islam






PROJEK “STREET DAKWAH”
(KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM)



TARIKH: 20 FEBRUARI 2018(SELASA)
PENASIHAT PROGRAM : PUAN ZURAIHA MOHD ZAIN
PENYELIA PROGRAM : PUAN ROSHADAH BINTI ABU BAKAR
PENGARAH PROGRAM: AIMAN MU`AZ BIN MUHAMMAD FADZILLAH


TEMPAT: KAFETERIA SISWA\SISWI POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN, PAUH PUTRA, ARAU

ANJURAN
KELAS DKM5A 

KERJASAMA RAPI, MPP DAN  
UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL 
JABATAN PENGAJIAN AM
POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN

1.0 PENGENALAN
Kursus Komunikasi Dan Penyairan Dalam Islam merupakan satu kursus wajib bagi semua program pengajian di politeknik yang perlu diambil bagi memenuhi syarat kelayakan penganugerahan Diploma Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Kursus ini memberi ruang kepada pelajar untuk mempelajari tatacara komunikasi dan penyiaran dalam Islam yang sebenar.  Sepanjang pelaksanaan program, pelajar akan dinilai mengikut pentaksiran kursus yang telah ditetapkan antaranya adalah projek street dakwah. Projek street dakwah ini merupakan projek wajib yang perlu dilaksanakan oleh pelajar yang disasarkan kepada semua pelajar politeknik.

Projek ini dibahagikan kepada beberapa skop kecil yang bertemakan street dakwah yang difokuskan kepada  JOM JAGA SOLAT, JOM JAGA AURAT, JOM JAGA IKHTILAT, DAN JOM ZIKRULLAH.  Projek ini diharap dapat melahirkan pelajar politeknik yang sentiasa menjaga solat, menutup aurat dengan sempurna , menjaga maruah diri dan sentiasa mengingati Allah SWT dalam setiap  masa.

2.0 OBJEKTIF
3.1. Memberi pemahaman yang sebenar tentang kewajipan perlaksanan solat dalam Islam
3.2. Memberi pendedahan mengenai batas-batas aurat dalam Islam.
3.3. Menjelaskan intipati ikhtilat ( pergaulan ) dan harga diri sebagai seorang pelajar muslim.
3.4.  Memupuk rasa cinta yang mendalam kepada Allah SWT dengan menghayati alunan zikir
        yang penuh penghayatan maknanya.

Mauizzah Hasanah Menerusi Dialoq Rasulullah SAW