Bengkel Penulisan Kertas Kajian Peringkat Jabatan Pengajian Am
Siri 1/2018.
Tempat : Makmal Bahasa JPA PTSS
Masa : 9.00 pg- 5.00 ptg
Tarikh : 03 Mei 2018
Penerbitan dan pembentangan kertas kerja adalah satu fenomena baru
yang menuntut satu perubahan yang besar dalam sistem politeknik. Ianya
memerlukan satu lonjakan paradigma kepada semua PPPT
yang begitu selesa dengan keadaan sedia ada. Apabila ianya
dituntut di dalam kriteria kecemerlangan kenaikan pangkat, ianya telah
menimbulkan satu kejutan budaya dan konflik institusi. Persoalan yang timbul
adalah sejauh manakah kriteria tersebut membantu meningkatkan prestasi
pegawai-pegawai dalam usaha politeknik mencapai kecemerlangan.
Maka dengan itu JPA telah mengambil usaha dengan menganjurkan
bengkel tersebut bagi semua Stafnya bagi memahami teras ketiga pelan
transformasi politeknik iaitu memperkasakan warga politeknik dengan pengetahuan
dan kemahiran tinggi. Di antara inisiatif khusus yang akan dilaksanakan adalah
mengukuhkan profesionalisme pensyarah melalui pelaksanaan kenaikan pangkat
mengikut kriteria kecemerlangan perkhidmatan. Di antara kriteria kecemerlangan
tersebut adalah menetapkan penerbitan dan pembentangan kertas kerja .